Panitia Qurban

 

 

Qurban

 

Member Login

Latest News

HADITH HARI INI
Custom Search

Designed by:
KD Kuas Digital
Muslim Yang Sebenar Buat halaman ini dlm format PDF Cetak halaman ini Kirim halaman ini ke teman via E-mail
Ditulis oleh Sheikh Muhammad Nazim   

ImageUntuk menerima belas kasihan (rahmat) kita perlu memberi belas kasihan. Tanpa belas
kasihan tidak akan ada kedamaian bagi seluruh dunia - tiada keyakinan, tiada
keadilan dan tiada saling menghormati di antara satu sama lain di dalam masyarakat.
Setiap aturan dan urusan manusia tanpa diiringi dengan belas kasihan tidak akan
membawa kepada apa-apa natijah.

Kewujudan semua benda di alam semesta ini bergantung kepada belas kasihan. Para
anbiya telah dihantar kepada ummat-ummat mereka sebagai rahmat, dan penghulu nabi,
Sayiddina Muhammad (saw) di hantar akhir sekali sebagai rahmat bagi seluruh dunia
dan makhluk. Baginda bersabda, “Seorang Muslim: orang yang menyerah dirinya kepada
kehendak Allah, seorang yang tidak mencederakan orang lain melalui lidah atupun
tangannya.” Ini adalah penerangan yang pendek tetapi tepat tentang ciri utama
seorang Muslim.

Seorang Muslim harus ada perasaan belas kasihan dan tidak boleh mencederakan orang
lain. Sekiranya seorang itu tidak ada perasaan belas kasihan, dia tidak mampu
menghalang nafsunya daripada mencedera orang lain; nafus itu akan menggigit dan
menendang seperti haiwan yang liar dan nescaya akan mencederakan orang. Iman seorang
Muslim tumbuh melalui lautan rahmat. Seperti tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam
air, kebaikan akan hidup bersama rahmat. Tanpa rahmat dan belas kasihan di dalam
jiwa kita, tidak mungkin amalan baik boleh di capai.

Pada suatu masa dahulu ada seekor musang bersahabat dengan seekor ular dan semasa di
dalam perjalan ke satu tempat, mereka terpaksa menyeberangi sungai. Sang ular
berkata, “Bawa saya bersama awak kerana arus sungai terlalu deras dan saya akan
dihanyutkan olehnya.” Sang musang bersetuju, dan ular itu membalutkan dirinya
disekeliling musang tadi dan mereka pun menyeberang sungai. Apabila sudah selesai
menyeberang sungai. musang pun menyuruh ular itu turun daripada badannya. Ular itu
menguatkan lagi lilitan dan cengkamannya dan berkata, “Tidak, inilah yang terbaik
yang boleh saya lakukan untuk kamu – untuk bunuh dam makan kamu.”

Apa yang boleh kita harapkan daripada ular? Sudah menjadi sifat semula jadinya untuk
membunuh dan menelan. Tidak ada belas kasihan di kalangan ular. Tanpa belas kasihan
manusia akan menyerupai naga, naga kuning yang penuh dengan bisa.

Maka sang musang pun berkata, “Wahai sahabatku, sebelum saya mati, saya ingin
melihat wajah mu yang tampan dan menciumnya.” Ular itu pun melepaskan cengkamannya
dan datang ke hadapan sang musang. Musang menggigit kepala ular itu sehingga ular
tersebut insaf dan menjadi lurus. Maka berkatalah si sang musang, “Wahai sahabatku,
persahabatan harus begini – lurus.”

Pada suatu ketika dahulu ada seorang yang suka memberi khidmat kepada orang lain.
Sedang dia berjalan di desa, seekor ular mengejarnya sambil berkata, “Wahai manusia,
selamatkan aku daripada musuhku!” “Bagaimana boleh saya menolong?” tanya orang itu.
“Mari masuk ke dalam poket saya ataupun lilitkan badan kamu di sekeliling badan saya
supaya ia menjadi seperti tali pinggang.” Ular menjawab, “Tidak, musuh saya boleh
mencari saya begitu. Bagi saya masuk ke dalam perut kamu.”

Orang itu membuka mulutnya kerana dia tidak pernah menghampakan permintaan sesiapun.
Tidak lama kemudian datanglah orang yang mengejar ular tadi dengan menghayun kapak
di tangannya sambil berkata, “ Mana si syaitan itu?”

Apabila orang itu telah pergi, manusia yang baik hati ini menyuruh ular itu keluar
kerana keadan sudah selamat. Ular itu berkata, “Saya tidak mahu keluar. Keadaan di
dalam perut ini bagus – banyak benda yang boleh saya makan seperti hempedu dan buah
pinggang. Ini merupkan sifat saya, saya tidak boleh melawannya.”

Maka orang baik itu bermunajat, “Wahai Tuhanku, saya telah menjalankan kebajikan
yang terbaik untuk ular ini dan sekarang dia mahu bunuh saya. Engkau yang paling
adil, hulurkanlah rahmatMu kepada ku.” Maka datanglah seorang malaikat sambil
membawa dua helai daun dan menyuruh orang ini memakannya. Apabila dia makan
daun-daun tersebut, perut dia mengeledak dan ular yang di dalam perutnya keluar
dengan berketul-ketul.

Memberi khidmat yang terbaik kepada manusia amatlah digemari oleh Allah, dan Dia
akan memberi ganjaran. Seandainya tiada belas kasihan di dalam jiwa si manusia tadi,
tidak mungkin dia akan membenarkan ular itu masuk ke dalam perutnya. Cerita ini
merupakan contoh bagaimana orang Muslim dan orang baik harus berkelakuan.

Berdasarkan kepada belas kasihan yang ada pada kita, kita akan mendekati kebaikan
dan akan berbakti kepada semua orang, termasuklah tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kita
boleh berbakti kepada ular dengan mencabut gigi-giginya yang berbisa supaya dia
tidak dapat mencederakan orang.

Keliaran sudah sampai kepada kemuncaknya pada waktu sekarang. Hasil daripada
keliaran dan keburukkan manusia ialah bercetusnya peperangan. Manusia akan
menggunakan senjata-senjata yang dasyat untuk membunuh. Sekiranya mereka ada belas
kasihan tak mungkin mereka membunuh dan membinasa. Malangnya mereka bukan berperang
kerana Allah, tetapi untuk nafsu. Allah akan menjatuhkan mereka.

Kita harus meminta Allah membuat kita lebih peka dan prihatin terhadap manusia yang
lain dan meminta Allah mengampuni dosa kita. Cuba beri belas kasihan kepada semua
makhluk, nescaya jiwa dan perhubungan kalian dengan Allah akan teratur. Belas
kasihan dan bersimpati terhadap makhluk Allah merupakan iman yang kuat – akan
menyelamatkan kalian di dunia dan akhirat daripada segala bentuk kesusahan



© 2004 Northern Naqsbandi Team. All rights reserved.
 
< Sebelumnya   Selanjutnya >

21-Nov-2008 / 15:52 WIB
Kurs Jual Beli
USD 13400.00 12400.00
SGD 8766.50 8085.50
HKD 1730.15 1598.75
CHF 10937.20 10096.20
GBP 19928.15 18367.15
AUD 8388.10 7713.10
JPY 141.38 129.73
SEK 1636.50 1502.50
DKK 2269.80 2080.70
CAD 10518.85 9693.85
EUR 16815.92 15522.92
SAR 3584.45 3295.45
sumber: KlikBCA.com

Prakiraan Cuaca

sumber: bmg.go.id

Visitors


IP Address Kamu : 38.103.63.61