Panitia Qurban

 

 

Qurban

 

Member Login

Latest News

HADITH HARI INI
Custom Search

Designed by:
KD Kuas Digital
Forum Naqshbandi Al Haqqani Kota Batam
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?
Hikmat perkahwinan (1 viewing) (1) Guests
Fiqih
Go to bottom Post Reply Favoured: 0
TOPIC: Hikmat perkahwinan
#110
abdullah82 (User)
Fresh Boarder
Posts: 1
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Hikmat perkahwinan 5 Months ago  
Perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam mempunyai hikmat tertentu, antaranya ialah:

1. Untuk memenuhi tuntutan fitrah zahir dan batin manusia, iaitu fitrah semulajadi seluruh manusia yang memerlukan pasangan hidup dan zuriat yang bersih dan salih. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan Allah swt menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu: anak-anak dan cicit-cicit...."

(Surah an-Nahlu ayat 72)

2. Untuk menyalurkan tuntutan nafsu seks dengan cara yang diharuskan oleh syara'.

3. Perkahwinan merupakan suatu sunnah dan ibadah.

4. Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik, kemas dan teratur.

5. Hidup seseorang mempunyai sistem dan sentiasa menjalankan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga dengan sempurna.

6. Perkahwinan dapat membendung serta dapat membenteras penyakit sosial, tidak bermaruah, berdua-duasan tanpa ikatan perkahwinan, perzinaan, bohsia dan seks bebas. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela"

(Surah al-Mukminun ayat 5-6)

7. Dapat mengadakan perbincangan dan berkasih sayang antara pasangan suami isteri. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir"

(Surah ar-Rum ayat 21)

8. Berkah antara pasangan suami dan isteri mewarisi harta antara satu sama lain apabila mati salah seorang.

9. Untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia serta pembentukan zuriat yang sah di sisi syara'.

10. Menghubung tali persaudaraan sesama Islam.

11. Mengukuhkan ekonomi bagi pasangan yang bekerja.

http://ilmu-kahwin.blogspot.com
 
Report to moderator   Logged Logged  
  The administrator has disabled public write access.
Go to top Post Reply
Powered by FireBoardget the latest posts directly to your desktop