|
|
|
Penguasa Sekalian Alam 3 Months, 3 Weeks ago
|
|
|
PENCIPTA Berita tentang Maha Pencipta telah pun menjadi suatu kepercayaan manusia.Bagaimana manusia mengenali Maha Pencipta itu terpulang pada sangkaan memasing.Walaupun ada suatu kitab telah menyatakan dan dari wakil-wakil tuhan telah menyampaikan namun manusia masih menggunakan sangkaan.
Tidak semua manusia mengenali tentang Pencipta dan WawasanNya.Tentang muslihat ciptaan dan rahsiaNya. Melainkan manusia yang merasa yakin lalu cuba menyediakan diri agar selamat tentang apa yang dikatakan dosa dan azab.
Manusia akan sentiasa didalam perasangka selagi tidak ketemui kebenaran.Kebenaran yang boleh menguatkan iman dan memadamkan perasangka hati.Namun akal masih terus membuat andaian dan pemahaman tentang siapakah sebenarnya Maha Pencipta yang dikatakan tuhan yang wajib disucikan serta mengikut jalan peraturannya.
Kehidupan dan manusia ini sendiri sangat mengelirukan jika ilmu hanya sekadar ingin beribadah semata-mata takut berdosa atau diazab oleh yang bernama tuhan.Dunia pula suatu cabaran yang sentiasa menghalang diri manusia dari melihat kebenaran.Usaha dunia yang ingin dipersembahkan sebagai ibadah akhirnya bercampur dengan kemahuan diri dan sukar dipisahkan.Diantara amal kerana Allah dan amal kerana gagal dalam kehidupan.
Adakala berjaya kehidupan dunia tidak menjadi bekalan akhirat.Ada pula kegagalan dunia membawa membuka pintu kebenaran dan macam-macam fenomena yang perlu seseorang itu berilmu bagi membuat pemahaman
|
|
|
|
|
|
|
Last Edit: 2008/11/05 08:59 By pengurus.
|
|
|
Bintang Yang Menembusi Cahayanya
|
|
|
The administrator has disabled public write access. |
|
|
|
Re:Penguaa Seklian Alam 3 Months, 2 Weeks ago
|
|
|
KESEDARAN Telah berbilion-bilion manusia sejak manusia pertama iaitu Adam hidup diatas bumi semuanya telah membincangkan tentang suatu kuasa yang agung.Ia nya perlu disucikan dan mengikut ajarannya.Pelbagai umat dan pelbagai syariat dan peraturan serta hukum, dikatakan telah turun dan disampaikan oleh yang dikatakan Tuhan melalui wakil-wakilnya bertujuan ingin memperkenalkan diri yang agung itu dan yang wajib segala amal manusia diserahkan.Namun manusia masih kurang yakin dan ada yang masih tidak beriman.Ada yang tidak menepati kehendak ajaran, melainkan mengikut syariat yang diajarkan sebagai asas menjadi seorang Islam.
Manusia meneruskan membuat persembahan kepada tuhan mengikut sangkaan sendiri.Walaupun telah banyak umat disetiap zaman mati dengan kisah azab masing-masing namun sampai zaman akhir ini manusia masih mengulangi sejarah silam dan tidak mau mengerti atau sengaja mengabaikan kebenaran itu.
Bukti apakah yang manusia cari untuk menjadi beriman dan sedar sesedarnya tentang matlamat kehidupan ini dan kehendak penciptanya.Walaupun ada dikalangan manusia beribadah dan beramal kerana mematuhi ajaran namun apakah manusia telah sebenarnya memahami tentang kaitan ciptaan manusia dan hubungannya dengan pencipta.
|
|
|
|
|
|
|
Bintang Yang Menembusi Cahayanya
|
|
|
The administrator has disabled public write access. |
|
|
|
Re:Penguaa Seklian Alam 3 Months, 2 Weeks ago
|
|
|
DUNIA Dunia ini adalah diciptakan sebagai hijab yang penuh teka teki dan muslihat.Disebalik wajah-wajah dunia terdapat wajah penciptanya yang tidak semudah itu dilihat tanpa akal yang mau berfikir serta menggunakan jalan ilmu yang khusus dan kebiasaan.Walau pun manusia telah banyak diuji dan berkali-kali menderita namun kesakitan dan penderitaan itu senang dilupai apabila kembali senang.
Manusia mempunyai fitrah yang diciptakan sangat unik berbanding dengan lain-lain ciptaan.Sebahagian manusia berjaya menjadi manusia dan sebahagian manusia umpama haiwan yang berotak pintar.
Kehidupan dan keperluan telah menjadi suatu keutamaan apabila kenikmatan dan keseronokannya tidak disertai dengan kesedaran pencipta yang menguasai segala empunya kunniaan.Manusia merasa apa yang diperolehi adalah hasil usaha serta kemampun diri yang unik itu sehingga Allah menyekatnya.Lalu timbul kesedaran yang sementara dan mengingati tuhan dalam keadaan menipu diri sendiri.
Manusia yang diberi senang dan susah,kekurangan atau kelebihan,sempurna dan cacat adalah sama saja.Namun kacamata manusia ianya adalah perbezaan dan nasib seseorang yang menimpa diri sedangkan disisi Allah itu adalah suatu muslihat dan perancangan.Setiap manusia ada perjalanannya dan ditentukan dua jalan dan dua lagi jalan disisiNya.

Re:Penguasa Seklian Alam 3 Months, 2 Weeks ago
|
|
|
TEORI AKAL Setiap kejadian memerlukan pencipta.Sehingga kini teori dan fakta sain atau pembuktian belum dapat membuat kenyataan tentang suatu kejadian terjadi dengan sendiri.Kewujudan zarah yang sukar dilihat dan dibuktikan tetap akan wujud sebagai bahan asbab kejadian sesuatu objek.Zarah-zarah yang membentuk gabungan atom yang terbukti mengeluarkan kuasa dan kekuatan juga mempunyai beberapa pasangan.Sehingga para ilmuan sains tidak mampu membuktikan gabungan-gabungan yang terlalu ghaib dan sukar dibuktikan tapi diyakini wujud.
Manusia yang terus menerus berharap pada kemampuan akal akhirnya akan lemah dan terbatas sehingga ia membuat sahaja andaian sebagai teori.
Kitab-kitab yang diturunkan tuhan sebagai ilmu dan petunjuk kepada manusia telah pun menceritakan tentang konsep kejadian dan ciptaan.Manusia masih tidak yakin tentang adanya tuhan yang Maha Berkuasa mencipta dan menguasai ciptaan sehingga pelbagai ujikaji dibuat bagi membuktikan kejadian ini adalah semulajadi.
Kebijaksanaan Maha Pencipta mencipta adalah melalui proses-proses yang boleh difikirkan serta dikaji oleh manusia sehingga akal mereka terbuntu dan tidak mampu meneruskan pencarian melalui akal.Tuhan mencipta pula pada diri manusia yang berakal suatu deria yang dapat meneruskan kerja akal.Ia akan dibukakan untuk memahami petunjuk tuhan dan perkara yang tidak lagi diketahui sehingga manusia merasa hairan dengan kemampuan diri sendiri.
Apakah ilmu dan pengetahuan baru itu suatu ilham dari Maha Pencipta atau suatu kebetulan yang meyakinkan.Manusia yang belum melihat `alam dan makhluk ghaib hanya akan percaya sahaja.Kerana itu suatu kenyataan kebanyakan. Manusia yang telah melihatnya akan yakin dan sukar pula untuk meyakinkan orang lain.
|
|
|
|
|
|
|
Bintang Yang Menembusi Cahayanya
|
|
|
The administrator has disabled public write access. |
|